Salam semua,
Apa khabar semua? lama tak update blog. Selalu juga cari masa nak update cerita pasal yaya tapi tak berkesempatan. Apa yang nak dicoretkan hari ni ya? kita citer tentang epidural la since ramai bakal-bakal ibu yang masih ragu-ragu akan suntikan ni dan side effectnya. Masa saya dalam labor room dulu, doctor and nurse ada bagi suggestion untuk ambil epidural. Dorang pun ada juga explain tentang side effect suntikan ni memandangkan ianya akan disuntik betul-betul kat tengah-tengah tulang belakang kita. Antara side effect ambil suntikan epidural yang saya masih ingat lagi ialah sakit pinggang / belakang, lumpuh separuh badan, kebas-kebas seluruh badan, meningitis and etc.
Tapi anda semua jangan salah faham. Suntikan epidural hanya melegakan kesakitan untuk sementara waktu sahaja. Sejurus bukaan mencecah 8cm, epidural akan dihentikan bagi supaya para ibu bersedia untuk meneran. Suntikan ini lebih kepada untuk memberi rehat secukupnya kepada si ibu agar mempunyai tenaga untuk meneran bila sampai waktunya. Kecuali apabila setelah lebih 5 jam air ketuban dipecahkan, jika masih lagi tiada bukaan dan denyutan jantung bayi semakin abnormal, pembedahan ceaserean akan dilakukan.
Saya mengambil suntikan epidural sewaktu hendak melahirkan yaya dulu. Namun apabila menjelang petang dan bukaan masih lagi 3cm, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengelakkan fetal distress. Apa yang saya rasa sepanjang bius epidural dimasukkan ialah....mengantuk. Jadi saya hanya tidur sepanjang ari tu sampailah saya dikejutkan dengan jeritan nurse yang mengatakan denyutan jantung anak saya semakin hilang. Jadi, epidural tu akan membuatkan kita merasa mengantuk. Ianya tidak ada kena mengena dengan bayi lemas dan sebaliknya.
Kesan jangka panjang yang saya hidapi setelah ambil suntikan ni ialah sakit pinggang atau belakang sekali sekala. Maka, bakal-bakal ibu fikir betul-betul sebelum ambil suntikan epidural. Ada pro n cons nya. Saya harap dengan berkongsi pengalaman saya ni dapat membantu anda semua dalam membuat keputusan.
till then!
No comments:
Post a Comment