Friday, October 12, 2012

Sterimar mar mar....

Salam semua,

Selamat pagi! Korang semua dah breakfast? Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang pembersihan hidung baby. I'm sure certain parents have difficulty in cleaning their baby's nose. Samalah dengan saya. Yaya confirm akan nangis melalak-lalak bila saya masukkan nasal aspirator tu kedalam lubang hidungnya. Jadi proses tu tak berjalan dengan lancar. Skang ni bila dia dah nak masuk 2 bulan, bila dia nampak je kita pegang benda tu dia dah melalak dulu. Agaknya dia dah kenal kot benda alah tu.

Ada satu hari tu yaya disyaki demam selepas makcunya balik ke shah alam. Jadi bawalah dia ke Klinik Dr.Bee. Sapa yang dok kat seremban mesti tahu yang Dr.Bee ni merupakan doktor pakar bagi bayi dan kanak-kanak. Dulu dr.bee bekerja di Columbia Hospital. La neh dia dah buka klinik sendiri. Oh ye..digital thermometer tu sangat penting untuk monitor suhu badan anak kita. Especially baby dimana mereka tak kan memberitahu kita yang mereka tak sihat. So agak-agak bila kita nampak anak kita semacam je contohnya asyik tidur or kerap menangis..better la amik suhu badan mereka.

Alang-alang dah jumpa doktor tu, apalagi mintalah dia option camner nak bersihkan hidung baby. Terus dia cadangkan guna sterimar. Sterimar ni rupanya air garam yang akan dimasukkan ke dalam lubang hidung baby dan akan keluar bersama segala kekotoran yang ada di dalam hidung baby. Cara dia senang aja. Tunduk atau dongakkan kepala bayi. Yaya saya kena tundukkan kepala dia sebab kalo ikut cara mendongak confirm dia akan telan air garam tu. Masukkan muncung sterimar ke dalam lubang hidung and tekan selama 3 saat. Buat benda yang sama kat hidung sebelah. Nanti lendir + tahi hidung dan air garam tu akan keluar meleleh dari hidung mereka. 

Till then!



2 comments:

  1. Dalam rm2+.++ sis. Kalo tak jumpa yang ni, sis cuba cari yang brand pureen. sama function.

    ReplyDelete