Lama tidak berupdate ya ini blog. Bila dah menghadap Yaya, apa pun tak boleh buat. Asyik melayan karenah dia jer. Pulak tu mulut dia dah start riuh nak bercakap. Tapi satu patah hapa pun yang dia cakap langsung kitorang tak paham. Almaklumla.. baru nak masuk 3 bulan. Yang suka dok melayan dia borak ialah atuknya. So memang galak la dua orang tu berborak. Macam ayam dan itik. Hehehe...
Last week saya jumpa satu topik di Facebook. Adakah ibu bapa lebih cenderung membeli barang-barang berjenama untuk anak mereka atau sebaliknya?. Jawapan saya ialah 80% lebih kepada barang berjenama dan 20% lebih kepada barang biasa. Antaranya ialah, pakaian, barang-barang susuan, pampers, susu formula, saya akan pastikan beli barang yang terbaik untuk Yaya. Contohnya pakaian, sekiranya baju yang kita beli tu jenis yang ada jenama, tentulah kualiti dia sangat elok. Maka baju itu dapat dipakai semula sekiranya Yaya mendapat adik perempuan suatu hari nanti. Takpun, if mak cu dia ada anak and mendapat anak perempuan juga satu hari nanti, baby dia pon boleh guna pakaian tu semula. Tapi dengan syarat pakaian tersebut hendaklah dibungkus didalam plastik dan disimpan di dalam container elok-elok. Jadi pak encik lipas ke, mak encik cicak ke tak dapatlah menyelinap masuk dan menjadikan tempat tersebut sebagai rumah baru dorang. Hurmm... Tak semua baju yaya saya beli yang ada jenama. Ada juga yang jenama biasa-biasa sahaja. Yang penting keselesaan anak kita.
Pampers. Sewaktu saya mengandung dulu, saya ada listing barang-barang baby yang perlu dibeli. Salah satunya ialah napkin. Bila Yaya dah lahir, napkin tu langsung tak digunakan sebagai napkin. Mak saya menjadikan napkin tersebut sebagai kain bedung dia atau selimut dia. Jadi, pada bakal-bakal ibu bapa yang masih belum lagi membeli barang-barang baby, you dont have to buy napkins if you already choose pampers as lapik punggung dia. Untuk brand pampers ni, saya lebih prefer membeli jenama Pet Pet dan Drypers. So far ada juga try Huggies tapi Huggies agak nipis lapisan dia compared to these two brands. Since Yaya belum lagi makan apa-apa jadi punggung dia takde apa-apa alergik dengan pampers yang dia pakai skang ni. Doctor cakap once Yaya dah start makan, kena perhatikan pampers yang dia guna. If timbul rashes, kena tukar brand pampers yang lain.
Botol susuan Yaya saya lebih prefer beli brand Pureen atau Anakku. Ada juga yang botol size kecil saya beli brand Autumnz. Saya agak choosy dalam bab ni sebabnya botol susu tersebut harus BPA free. Memang ada botol susuan jenama lain yang letak tanda BPA free. Tapi saya lebih yakin dengan Pureen dan Anakku. Puting dia pula bergantung pada Yaya. Sebabnya bila saya menggunakan puting jenama Pureen, Yaya menyusu sikit sahaja. Mungkin dia tak berapa selesa dengan puting tersebut. Bila saya guna puting jenama OK Baby, Alhamdulillah, dia menyusu dengan banyak. So, keselesaan puting bergantung kepada anak kita sendiri.
Yaya dah stop breast feed since dia sebulan lebih lagi. Jadi saya gantikan susu badan dengan susu formula brand mamex gold. So far, dia dapat terima susu tersebut dan minum sampailah dia mencecah umur 2 bulan setengah. After that, dia tak boleh terima susu mamex gold lagi. Saya gantikan dengan susu Enfalac A+ Gold. Yaya memang suka sangat dengan susu ni. Memang jarang sangatlah dia tak abeskan 4 oz susu tu. Selalunya memang abes. Namun begitu, air susu ibu itu lebih baik untuk baby. Jadi susu formula ni bergantung kepada ibu bapa samada perlu beli ataupun tidak.
Kenapa saya tak breast feed Yaya? bukan saya tak nak breast feed dia, tapi Yaya sendiri yang menolak susu badan. Even saya dah pump and masukkan dalam botol pun dia still tak nak minum susu tersebut. Mungkin sebab masa dia baru-baru lahir nurse dah susukan dia dengan susu formula, jadi bila dia rasa susu badan tu berbeza dengan susu formula, maka dia menolak air susu badan saya. Tapi saya tak kisah. Yang penting anak saya dapat menyusu dan membesar dengan sihat. Takkan kita nak paksa dia menyusu pulak. Confirm dia muntah balik. Jadi saya teruskan sahaja dengan susu formula. So far, Yaya belum lagi kena demam yang teruk, selsema atau batuk dan sebagainya. Alhamdulillah, antibodi badan dia kuat dan sihat.
Stroller, car seat.. saya beli brand biasa sahaja. Sebabnya setiap bayi mempunyai perangai yang berbeza. Ada yang suka duduk dalam stroller. Ada yang tak suka. Yaya pulak tergolong dalam kategori 50-50. Sometime dia suka duduk dalam stroller dan ada masanya dia memang tak nak duduk dalam tu. Jadi kami kenalah dukung dia takpun if shopping complex ada provide trolley yang ada baby seat tu, haa letakkan la dia dalam tu. Alarr.. cam trolley kat tesco tu. Jusco pun ada. Although these two items ni datangnya dari jenama biasa sahaja..if kita jaga elok-elok, tak mustahil kita boleh gunakannya semula in the future. Some parents they prefer to buy these two items yang branded punya. Sebabnya boleh tahan lama katanya. Pendapat saya, terpulanglah. Ikut kemampuan masing-masing.
Pokok pangkalnya, semua barang-barang anak kita, kita sendiri yang tentukan. Jenama apa, mahal atau murah, bergantung kepada poket kita sendiri. Tak semua yang berjenama tu elok dan tak semua yang tak berjenama tu tak elok. Especially for first child kan, confirm kita excited nak beli barang-barang yang terbaik untuk anak kita. Tapi kita kena ingat, untuk anak seterusnya juga, kita kena berlaku adil dengan mereka. Jadi ....
Rancang... rancang... rancang.... ^_^
Till then.
No comments:
Post a Comment