Fuh fuh...habis bersawang blog ni. Lama sungguh tak berupdate ek. Hehehe.. Almost a year I think. Tahun ni boleh dikatakan tahun yang agak bz bagi kami sekeluarga. When Yaya was 6-8 mos, dia didiagnosis oleh Doktor Bee bahawa paru-parunya tak kuat atau erti kata lain radang paru-paru/bronchitis. So pernafasan dia memang berbunyi agak kuat dan kadangkala agak sukar bagi dia bernafas. Jadi, selama 2 bulan tu memang kami sentiasa ulang alik ke klinik dr.bee and hospital bagi mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Yaya. Selain daripada ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, kami juga bagi yaya minum air madu setiap hari. Madu yang dibeli ialah madu khaula. Alhamdulillah..lepas je umur dia 8 bulan, slowly penyakit yang dihidapi oleh Yaya hilang. Totally hilang. Kami bersyukur sangat-sangat. Syukur ya Allah. Disebabkan itu juga pembesaran dia dari segi pertumbuhan gigi, merangkak agak lambat berbanding bayi-bayi lain kerana selama 2 bulan badan dia lemah. Tak berapa aktif seperti bayi-bayi yang lain.
Banyak punca yang mungkin menyebabkan Yaya terkena radang paru-paru. Diantaranya ialah mungkin kerana dia lahir tak cukup bulan. Yaya was born when she was 36 weeks old. Ikut kata gynae, dia lahir tak cukup bulan. Thru c-section. Salah satu sebab yang lain ialah her babah menghidap penyakit asma sejak dari kecil. So dari segi genetik, peratusan untuk Yaya mewarisi penyakit yang sama adalah tinggi. Kami sebagai ibu bapa dia, termasuk atok and nenek dia memang sedaya upaya ikhtiar dan berusaha agar dia bebas dari penyakit ni. Yaya memang kami jaga rapi..we follow semua advise doktor. Tak boleh bagi dia berangin dan sejuk sangat. Makan ubat ikut time. Especially ubat untuk kuatkan paru-paru dia. Have to make sure semua environment bebas bulu, habuk dan debu.
So now she is 1 year old. She is growing and living in healthy and loving environment. Her development become faster sampai tak terkejar atok dan nenek eh. Hari-hari atok dan nenek tanya dia..."Zahrah Saffiya ni kenapala aktif sangat??? Atok dan nenek tak larat dah nak kejar Yaya" Hehehe...
We love her so much. Kami gembira sangat melihat dia membesar dengan sihat, merangkak, menjerit dan bermain dengan penuh gembira. Well, sometime bila dia terlebih nakal and ngada-ngada kena babab juga. Mostly yang sakit pun pampers dia la. Tapi nangisnya mengalahkan kita mendera dia. Zahrah oo Zahrah... ^_^

No comments:
Post a Comment