Salam semua,
Kita nak tanya, ada tak perangai anak-anak korang yang mengikut perangai korang? Contohnya shopping?
Haaa...ni cheq nak citer. My baby princess si yaya tu memang sangat suka shopping complex. Dia suka tengok crowd/orang ramai. Tapi bila kita bagi dia kat orang lain, dia tamau. Nangis. Dah kenal orang la katakan. Pulak tu dia jenis yang pilih orang pun ye gak. Yang ni dia ngikut perangai omak eh. Kaki shopping dan pilih bulu. Contohnya yang pilih bulu tu kan, dia akan nak dengan orang asing yang dia suka sahaja. Dia lebih prefer orang yang badan berisi compared to badan slim. Mungkin sebab dia dah biasa dipegang oleh org badan berisi (family kitorang memang semuanya jenis badan berisi). Sama macam ibunya juga. Kalo orang tu jenis yang muka tak semenggah memang jangan harap la ibunya nak menegur.
Yaya paling suka kalo gi shopping complex. Bawakla dia berjam-jam kat situ. Memang takde hal punya. Dia boleh tido atas lengan sapa-sapa je yang memangku dia. Dok dalam stroller tamo. Dia lagi suka dok atas tangan orang atau berdukung. Lagi satu dia akan merengek kalo kita gi tempat yang takde air cond. Haaaa...mengalahkan dia lahir kat oversea je kan? Padahal kat PPUKM tu je bersalinnya. Dia memang jenis yang tak tahan panas. Memang sebijik ikut perangai ibunya.
Deepavali ari tu kitorang bawala yaya gi jumpa atok and nenek mudanya kat kg.baru. Jumpa dulu pun masa dia baru 2 hari kat hospital. Terkejut atok n nek muda tgk yaya. Apa taknya dah banyak berubah. Dari badan dia yang kecik dah jadi semakin bulat. Tak abes-abes atoknya puji yaya chomey. Yaya merengek bila atoknya dukung dia. Tapi dengan nek muda and makcik-makciknya yang lain dia ok. Macam ari tu, masa kitorang makan makcik fana yang tolong tengokkan dia. Riuh mulut dia borak dengan makciknya tu. Mungkin sebab makciknya muda lagi (baru 11 tahun).
Dari kg.baru bawala yaya gi sogo. Actually nenek dia yang beriya nak jenjalan kat sogo. Pulak tu sogo tengah sale. Haihhh...shopping sakan la dia. Ibu yaya sempat grab 3 pasang baju dia dengan sepasang stoking. Itupon lepas banyak istighfar sebab terlampau banyak baju baby yang comel-comel dan branded tengah sale!!!. Yaya pulak tido atas lengan babah eh. Hehehehe... Lenguh tok sah cakapla. Sampai babah dia kena sapu yoko-yoko la balik tu. Badan yaya kecik je. So banyak baju yang seumur dengan dia kita kena acu dulu dengan badannya. Kang kalo beli yang terlebih besar kena tunggu dia membesar la pulak baru boleh pakaikan dia baju tu.
Jadi, sesapa yang nak shopping tu...silalah ke sogo ye. Barang-barang tengah on sale. Memang rambang mata dibuatnya.
Orite..till then. Nanti kita sambung citer lain pulak eh.
No comments:
Post a Comment